Showing posts with label Cun. Show all posts
Showing posts with label Cun. Show all posts

Friday, 21 November 2014

Motosikal Terlampau


Memang terlampau dan luar biasa. Motosikal Predator ini bukanlah motosikal untuk kegunaan bagi pengambaran filem tetapi adalah milik seorang artis kreatif dari Bangkok - Roongrojna Sangwongprisarn. Motosikal ini dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula dari kereta dan basikal tua untuk mewujudkan sebuah mesin raksasa yang diukir untuk kelihatan seperti seekor binatang. 




Roongrojna Sangwongprisarn, 54, telah mencipta alat ganti di bengkel di Thailand. Beliau mempunyai empat kedai di seluruh negara yang bernama Ko Arts Shop dan eksport ciptaannya kepada pelanggan di seluruh dunia. 



Kasik pam dulu, kalo tak karang terbang pulak kang... ahakz

Kasik pam dulu, kalau tak nanti terbang jawapnya.. ahakz Roongrojna Sangwongprisarn membuktikan bahawa bahan-bahan terpakai boleh dikitar semula dan mempunyai kegunaan tersendiri dan dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Apa yang penting ialah melihat sesuatu itu pada sudut yang berbeza. Siapa sangka inilah hasilnya. Perghhh... awesome!!! ^_^ 


Kalau bawak pergi merempit ni, sure demam panas mat-mat rempit

Kalau bawak pergi merempit ni, sure demam panas mat-mat rempit lain tengok. Motosikal ni kalau buat pergi konvoi raya best sangat-sangat. Mesti ramai awek pandang... ahakz. Tapi kalau bawak keluar hari-hari, sayang la jugak kalau terjadi apa-apa. Anyway buat Roongrojna Sangwongprisarn, aku memang respek kat ngko. Ngko memang kreatif giler. Terbaekkk!!!