Sumber : http://blogserius.blogspot.com/
Saturday, 22 November 2014
Kenderaan Aneh Satu Roda
Dynasphere ialah kenderaan aneh satu roda yang dicipta oleh John Archibald Purves pada tahun 1930. Beliau berasal dari Somerset England. Kenderaan ini dihasilkan beliau dengan visi sebagai "kenderaan pantas masa hadapan". Ia mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam. Yeah "pantas" betul.Terdapat dua prototaip dihasilkan oleh beliau. Ia diperkasakan oleh enjin petrol 6 kuasa kuda. Dalam versi awal, arah kenderaan dikawal dengan pemandu membengkokkan badan ke sisi. Hendak ke kanan bengkokkan badan ke kanan dan vice versi. Di dalam versi kedua sistem stereng disertakan tetapi mengawal kenderaan ini masih lagi sukar. Masalah kesukaran mengawal dan sukar untuk dihentikan ialah dua sebab mengapa kini Dynasphere tidak lagi wujud. Yang wujud hanyalah kartun Spiral Zone!
Friday, 21 November 2014
Motosikal Terlampau
Memang terlampau dan luar biasa. Motosikal Predator ini bukanlah motosikal untuk kegunaan bagi pengambaran filem tetapi adalah milik seorang artis kreatif dari Bangkok - Roongrojna Sangwongprisarn. Motosikal ini dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula dari kereta dan basikal tua untuk mewujudkan sebuah mesin raksasa yang diukir untuk kelihatan seperti seekor binatang.
Roongrojna Sangwongprisarn, 54, telah mencipta alat ganti di bengkel di Thailand. Beliau mempunyai empat kedai di seluruh negara yang bernama Ko Arts Shop dan eksport ciptaannya kepada pelanggan di seluruh dunia.
Kasik pam dulu, kalo tak karang terbang pulak kang... ahakz
Kasik pam dulu, kalau tak nanti terbang jawapnya.. ahakz
Roongrojna Sangwongprisarn membuktikan bahawa bahan-bahan terpakai boleh dikitar semula dan mempunyai kegunaan tersendiri dan dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Apa yang penting ialah melihat sesuatu itu pada sudut yang berbeza. Siapa sangka inilah hasilnya. Perghhh... awesome!!! ^_^
Kalau bawak pergi merempit ni, sure demam panas mat-mat rempit
Kalau bawak pergi merempit ni, sure demam panas mat-mat rempit lain tengok.
Motosikal ni kalau buat pergi konvoi raya best sangat-sangat. Mesti ramai awek pandang... ahakz. Tapi kalau bawak keluar hari-hari, sayang la jugak kalau terjadi apa-apa. Anyway buat Roongrojna Sangwongprisarn, aku memang respek kat ngko. Ngko memang kreatif giler. Terbaekkk!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)






